8.19.2007

Seruan untuk masa depan agama, nusa dan bangsa

Pilihanraya dilihat semakin hampir. Tapi tidak seperti Turki, Thailand atau banyak negara lain tarikh pilihanraya memang merupakan teka-teki yang boleh menjadi berita sensasi pada media, gosip-gosip kalangan VIP dan sembang sumbang ahli Dewan Warung Mamak. Hanya Perdana Menteri sahaja yang mengetahui bila dia nak mengadakan pilihanraya. Mungkin ilham itu hanya tiba-tiba menerjah dan mungkin juga Perdana Menteri mendapat mimpi sewaktu tidur di atas sejadah seusai sembahyang istikharah kita pun tak tahu. Tapi apa yang memang kita tahu kita mesti mendaftar sebagai pemilih untuk mengundi di dalam pilihanraya. Ramai orang yang saya jumpa tidak kira orang yang terpelajar atau buat-buat terpelajar tidak menggunakan kuasa undi mereka untuk menentukan pimpinan yang akan membawa dan memacu negara kita ke arah yang diredhai Allah. Mereka mungkin tidak jelas atau memang memekakkan mata dan membutakan telinga dan tidak mahu mencampuri urusan politik yang dirasakan kotor atau ada juga yang beranggapan keduniaan. Pensyarah saya sendiri tidak pernah mengundi. Dia memang guru yang saya kasihi dan hormati. Tetapi dia mesti juga menjadi warganegara yang mempunyai kesedaran yang pemimpin ini bukan sahaja di dunia tetapi juga akan kita ikut sehingga akhirat. Ada individu dari golongan tabligh yang tidak mahu mendaftar kerana zaman nabi katanya tiada pihanraya. Betul 100 peratus. Tapi itu zaman nabi. Zaman ini menuntut kita bersama terlibat dalam urusan pilihanraya kerana ia juga adalah ibadah dan wajib pulak kalau ia akan mempengaruhi urusan agama. Fikirkanlah...

Kursus Dalam Cuti Yang Memenatkan...


Tahun ini tahun berehat daripada belajar. Sudah tiga tahun aku belajar setiap kali menjelang cuti persekolahan. Tiga tahun memang masa yang pantas kita rasa bila kita sudah selesai belajar. Tapi dalam masa belajar memang terasa teramat lama. Belajar enam hari seminggu yang kebiasaannya bermula pukul 8 pagi hingga 10 malam amat memenatkan dan kadangkala tipulah kalau aku kata tak membosankan. Memang itulah adat kalau kita nak meningkatkan diri kita ni. Alhamdulillh walau tak pergi konvo dan tak merasa suasana kekonvoan(dengan izin) macam dewan rakyat lak! aku dapat keputusan cemerlang. Yelah untuk seorang guru yang masih mengajar dan waktu cuti pulak mengajar memang puas jika kita dapat keputusan yang cemerlang. Sekurang-kurangnya untuk memotivasikan anak-anak murid yang malas belajar dan telah basi motivasinya. Apa pun terima kasih pada Ibu, keluarga dan rakan-rakan taulan yang amat memahami dan membantu serta mendoakan kejayaan. Tidak lupa anak-anak murid yang bersedia membantu apabila diperlukan. Hakimi, Abu Naim, Emin, Mamat, Pojan, Lan yang selalu jugak wat masalah dan semua sekali. Setiap kali lepas sembahyang dan baca ma'surat insya Allah saya akan doakan kesejahteraan kalian semua. Jazakumullahu khairan jaza'.

8.16.2007

INSAN CEMERLANG UMMAH TERBILANG








Insan berilmu amal budaya cemerlang

Menjunjung keimanan serlah ketakwaan

Pancarkan diri dengan akhlak gemilang

Ummahkan disinar cahaya kejayaan

Insan Cemerlang Ummah Terbilang

Citra murni halatuju nusa bangsa

Tekad ditanam iltizamkan dijulang

Langkahkan dijana menuju jaya

Bangun wahai ummah bersama membina

Generasi utuh cemerlang modal insan

Tulus dan ikhlas dalam gerak direncana

Meniti hidup penuh kemanusiaan

Biar betapa besar cabaran mendatang

Walaupun menggunung tinggi ombak cubaan

Islam digenggam iman tetapkan ditatang

Menjadi benteng pengukuh sepanjang zaman

Tunjukkanlah kami arah yang engkau redha rahmati

Menghayati jalan sunnah mendamba damai abadi

Bangkitlah insan mendepani barisan

Menjana semangat mencanai sepakat

Terapkan diri dengan nilai terpuji

Berjiwa besar dan tinggi akal budi

Bangkitlah insan mendepani barisan

Melakar tamadun ummah cemerlang
Melakar tamadun ummah cemerlang, gemilang, terrbilang


Lirik : Muhammad Fakhrurrazi bin Isnin

Lagu : Usrah Nida’ us Salam

...Hidup kadangkala begitu..


Dua minggu kebelakangan ni adalah minggu yang agak sukar. Entah! Tapi life goes on kata orang putih. Tapi aku bukan orang putih tapi orang berwarna dari etnik Melayu jadi istilahnya. Hidup mesti diteruskan. Nampak macam ketidak puasan hati sesetengah pihak. Memang agak menjatuhkan moral dan semangat aku sebagai seorang guru. Tapi aku bukan bekerja kerana Abdullah tapi aku kena dan wajib bekerja kerana Allah. Jadi tidak dapat tidak aku mesti mencari cahaya yang hampir malap semalam. Aku amat yakin hari-hari yang mendatang yang cerah...itulah motivasi aku. Aku bekerja kerana Allah untuk sekolah dan anak-anak murid yang tercinta...Jadi ia mesti menjadi ibadah, kerana dunia adalah jambatan akhirat.

memang banyak salah aku, tapi takkan satu sen pun takde yang betul dalam gerak langkah aku..